Posts

Showing posts from January, 2018

Ayahanda berpergi tiada kembali...

Image
Al-Fatihah buat ayahanda tersayang. Pergimu tiada kembali. Bersemadilah dengan tenang di sana. Anakandamu sentiasa mendoakan kesejahteraan buatmu. Haji Abdul Kadir bin Puteh 08 Disember 1942 - 30 Mei 2017 al-Fatihah ayahanda.

10 purnama tanpamu...

Image
11 Mac 2017 hingga 11 Januari 2018 telah genap 10 bulan aku hidup tanpa insan bernama suami di sisi. Meneruskan perjuangan hidup yang Allah kurniakan di samping dua orang puteri amanah yang ditinggalkan. Meniti hari-hari yang sunyi dan sepi walaupun kesibukan memenuhi segala keperluan anak-anak dan tugasan sebagai seorang pelajar peringkat kedoktoran. Hati yang kosong dipaksakan untuk memaknakan hari-hari yang berlalu agar insan-insan di sisi terisi dengan kasih sayang dan perhatian di seorang yang membawa gelaran mama, anak dan pelajar. Dalam kenanganku, Allahyarham Dr. Roslan bin Saadon (03.10.1966-11.03.2017). Al-Fatihah.